SALAM

Wednesday, August 5, 2009

SEJARAH SEKOLAH




PENDAHULUAN

Sejarah penubuhan SKFBK telah bermula secara tidak langsung semenjak penubuhan Felcra Bukit Kepong itu sendiri pada tahun 1970 an. Jumlah peneroka atau keluarga peringkat pertama iaitu seramai 248 keluarga, diikuti peringkat kedua seramai 152 dan peringkat ketiga 152 keluarga. Anak-anak peneroka mendapat pendidikan awal di SK Felda Chemplak yang terletak lebih kurang 6km manakala di peringkat sekolah menengah pula mereka terpaksa berulang alik setiap hari di SMK Labis yang jauhnya lebih kurang 17km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kedua-dua sekolah ini adalah terletak di kawasan daerah Segamat.

FAKTOR DAN USAHA PENDUDUK

Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan pendididikan dan bilangan penduduk yang semakin bertambah ketika itu, telah wujud satu usaha di kalangan beberapa orang peneroka yang bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan politik untuk menaik taraf kemudahan dan pendidikan di kawasan Felcra Bukit Kepong ini. Antara usaha pertama yang penting ialah memohon untuk mendirikan sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Felcra. Ini adalah bertujuan bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah mereka yang terpaksa membayar sewa van dan bas dengan pendapatan yang rendah dan kecil. Ketika itu perkhidmatan van dan bas sekolah merupakan pengangkutan utama untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah selain daripada motosikal. Memandangkan pendapatan mereka yang kecil, mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar kos atau sewa perkhidmatan ini.

Justeru inisiatif yang telah diambil ini adalah satu usaha yang sangat tepat dan bersesuaian dengan keperluan pada masa itu bagi menjamin kemudahan dan peningkatan taraf kualiti hidup dan pendidikan masyarakat di sini. Namun usaha ini tidak semudah yang disangkakan, mereka terpaksa beberapa kali berulang-alik ke Kementerian Pendidikan yang terletak di Kuala Lumpur untuk memohon sebuah sekolah rendah dan sekolah menengah yang lebih dekat dengan kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu, kedudukan geografi kawasan ini yang terletak jauh dari bandar Muar dan Segamat serta jumlah murid yang ramai dan semakin bertambah pada masa itu juga merupakan faktor yang mempengaruhi kepada penubuhan sekolah ini.

Setelah beberapa kali berusaha, akhirnya usaha mereka ini berhasil untuk mendirikan sebuah sekolah rendah di Felcra ini. Namun pada masa yang sama juga Kementerian Pendidikan menetapkan syarat untuk mencari tempat untuk mendirikan sebuah sekolah menengah bagi keperluan lebih kurang 700 orang pelajar daripada mereka ini di kawasan daerah Muar. Cadangan awal untuk mendirikan sekolah menengah ialah di sekitar kawasan Bukit Kepong, memandangkan semua pelajar yang berada di kawasan itu terpaksa berulang-alik sejauh 40 km ke Pagoh kerana sekolah menengah yang paling hampir hanya terletak di pekan ini. Antara kampung-kampung yang terletak di kawasan Bukit Kepong ini ialah Kampung Bukit Benda, Kampung Tui, Kampung Kecik dan selainnya.

PEMBINAAN BANGUNAN

Maka satu persetujuan di antara beberapa pihak antaranya Kementerian Pendidikan, FELCRA Sdn. Bhd., dan juga pihak peneroka telah dibuat untuk membina sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di kawasan tanah Felcra. Pada 5hb. Jun 2000, satu majlis besar-besaran iaitu upacara pecah tanah oleh Tan Sri Mahyuddin b. Mohd Yassin telah dilakukan dengan jayanya. Majlis yang sangat bersejarah itu merupakan detik permulaan pembinaan sekolah ini secara rasmi dan telah dihadiri oleh pelbagai pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak dengan projek ini. Kontrakrtor yang terlibat untuk menguruskan projek ini ialah Ijay Sdn. Bhd . Kawasan ini pada asalnya ialah kawasan yang agak berpaya dan proses menambak tanah terpaksa di buat terlebih dahulu bagi memastikan bangunan yang akan dibina sentiasa kukuh dan kuat.

Pada 20hb. Julai 2000, operasi pembinaan sekolah bermula dan telah siap pada tahun 2002. Selama tempoh lebih kurang 2 tahun ini pelbagai peristiwa dan kejadian yang belum pasti kebenaranya telah diceritakan dan menjadi buah mulut penduduk sekitar. Projek ini telah menelan belanja RM 9 juta dan diiktiraf sebagai sekolah tercanggih dan termahal di negeri Johor. Pada 16hb. Disember 2002 bangunan sekolah ini dengan rasminya diserahkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor kepada pihak sekolah. Bermula pada 6hb Januari 2003 maka bermulalah sesi persekolahan pertama yang diterajui oleh Guru Besar pertama pada masa itu iaitu Encik Abd Ghafar B Hj. Kasim dan jumlah murid pada masa itu ialah seramai 465 orang. Kebanyakan guru-guru dan murid-murid ini adalah di kalangan mereka yang telah mengajar dan bersekolah di SK LKTP Felda Chemplak. Oleh itu secara automatiknya mereka yang terdiri daripada kalangan anak-anak peneroka Felcra Bukit Kepong berpindah ke sekolah ini.

5 comments:

  1. tahniah kerana da ada blog jqaf sendiri...

    ReplyDelete
  2. apakah pekembangan jqaf skrg? adakah pelaksanaan pengajaran jqaf sekarang bkesan?

    ReplyDelete
  3. to ajaq tahniah gak coz melawat...perkembangan....ha ni dlm planning menubuhkan sebuah pasukan nasyid dan dikir barat sekolah...otainye kak yati la. pastu dpt gak support dpd ju yg sgt berpengalaman dpd anjung seni. doakanla jd kenyataan.
    berkesan? mmg berkesan cuma masih ada yg perlu dibaiki terutamanya menjadi fasi kmem b estari solat. nanti kalo da grade dgn cemerlang dpd oum, bole la join ye.

    ReplyDelete
  4. 2 shidarman, masih garang lagi ke? thanks coz melawat cni. Selamat mendidik anak bangsa di sana.

    ReplyDelete