SALAM

Tuesday, January 26, 2010

'POLICE' Two Thousand and Ten





Disiplin merupakan komponen yang penting dalam menentukan kecemerlangan seseorang murid. Tanpa disiplin tiadalah istilah kejayaan pada diri seseorang individu khasnya pada semua insan yang bergelar murid ketika di alam persekolahan. Justeru peranan pengawas yang juga dikenali sebagai pembimbing rakan sebaya adalah sangat ditaruh supaya pembentukan jati diri dan sakhsiah murid yang berjaya tidak terbantut dek ketiadaan disiplin dalam setiap diri murid.
Guru juga memainkan peranan yang sama penting dalam melahirkan murid yang berdisiplin terutamanya dari aspek menunjukkan ‘role model’ dan juga pemantauan yang berterusan. Ini tidaklah mustahil kerana semua guru di sekolah adalah merupakan guru disiplin mengikut Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada perkara 5 yang menyatakan: “....tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi kebiasaan. Hanya tatatertib yang berta yang harus diserahkan kepada guru-guru besar”.
Oleh hal yang demikian adalah sangat diharapkan supaya semua pihak dapat bekerjasama dalam mempertingkatkan mutu disiplin di sekolah ini supaya kecemerlangan murid-murid dapat ditonjolkan pada peringkat seusia muda ini bagi melahirkan modal insan yang dapat mewarisi kesinambungan keamanan dan kemajuan yang sedang dikecapi sekarang.




Bahawasanya kami,
Pengawas Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong,
Berikrar akan menjalankan tugas kami dengan rasa tanggungjawab, berdisiplin dan ikhlas.
Kami juga berikrar,
Akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran,
Agar menjadi murid yang cemerlang,
Dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum,
Supaya menjadi contoh kepada murid-murid sekolah ini khasnya.