Disiplin merupakan komponen yang penting dalam menentukan kecemerlangan seseorang murid. Tanpa disiplin tiadalah istilah kejayaan pada diri seseorang individu khasnya pada semua insan yang bergelar murid ketika di alam persekolahan. Justeru peranan pengawas yang juga dikenali sebagai pembimbing rakan sebaya adalah sangat ditaruh supaya pembentukan jati diri dan sakhsiah murid yang berjaya tidak terbantut dek ketiadaan disiplin dalam setiap diri murid.Guru juga memainkan peranan yang sama penting dalam melahirkan murid yang berdisiplin terutamanya dari aspek menunjukkan ‘role model’ dan juga pemantauan yang berterusan. Ini tidaklah mustahil kerana semua guru di sekolah adalah merupakan guru disiplin mengikut Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada perkara 5 yang menyatakan: “....tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi kebiasaan. Hanya tatatertib yang berta yang harus diserahkan kepada guru-guru besar”. Oleh hal yang demikian adalah sangat diharapkan supaya semua pihak dapat bekerjasama dalam mempertingkatkan mutu disiplin di sekolah ini supaya kecemerlangan murid-murid dapat ditonjolkan pada peringkat seusia muda ini bagi melahirkan modal insan yang dapat mewarisi kesinambungan keamanan dan kemajuan yang sedang dikecapi sekarang.
Bahawasanya kami,
Pengawas Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong,
Berikrar akan menjalankan tugas kami dengan rasa tanggungjawab, berdisiplin dan ikhlas.
Kami juga berikrar,
Akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran,
Agar menjadi murid yang cemerlang,
Dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum,
Supaya menjadi contoh kepada murid-murid sekolah ini khasnya.
1. En.Neezri bin Arof @ Othman (GPK 1) 2. Pn. Marsilah binti Abdul Majid (GPK Hal Ehwal Murid) 3. En. Shah Bani bin Salim (GPK Kokurikulum) 4. Pn. Zaiton binti Hj Mohammed Ikhsan 5.Cik Norhayati binti Ahmad 6.En. Mohamad Zuraihi bin Zulkeplee 7. En.Mohd Rodzi bin Abdul Karim 8. En. Zaharudin bin Ibrahim 9.En. Mohd Faisal Azizi bin Mohamed Basir 10.En. Abd. Razak bin Mohamd 11.En. So Yong Jey 12.En. Mohd Rusdi bin Mohd Yasin 13.En. Norhayazin bin Onan 14.En. Dzulkifli b. Md. Hussin 15.En. Mohd Fadil bin Ahmad 16.En Amirul bin 17.En Abd. Razak bin Mohamad 18.Pn. Siti Saadah binti Mohd. Yatim 19.Pn.Zamrinawati binti Ismail 20.En. Saifulbahri bin Saban 21.En. Norbat bin Noh 22.Cik Noraniah binti Supangat 23.Cik Nurul Afiqah binti Juri 24.Cik Masnira binti Abu Hanifah 25.En. Mohd Izzaideen bin Zakaria 26.Cik Norhafezah binti Othman
No comments:
Post a Comment