SALAM

Thursday, October 29, 2009

SK Kundang Ulu SMK Tun Perak SMKA Maahad Muar MCIIUM IIUM IPTI ....



Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.... to be continued.

Wednesday, October 14, 2009

2R = Rewang Raya







Perkara ini ditegaskan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Tanggungjawab seorang muslim kepada muslim yang lain ada 6 perkara”,
i. Apabila bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
ii. Apabila ia menjemputmu, maka penuhilah jemputannya.
iii. Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.
iv. Apabila ia bersin dan bertahmid, maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertashmit (berdoa).
v. Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahinya. vi. Apabila ia meninggal dunia, hendaklah engkau mengiringi jenazahnya".
(hadith riwayat Muslim)

"Janganlah kamu saling memutuskan silaturrahim, janganlah kamu saling belakang membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad menghasad. Sebaliknya jadilah kamu hamba hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi 3 hari".

“Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianatinya. Sesiapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolongnya. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban orang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.”
(riwayat Ahmad)

30+6=365! Believe it or not?


Puasa Enam Hari di Bulan Syawal

Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam: “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi). Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia maupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan, “Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)

Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Romadhon adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rosululloh bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164).

Monday, October 12, 2009

Trip 2 Kelantan n Terengganu



Makna Jamak ialah dihimpunkan dan makna Qasar ialah dipendekkan.
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah dan tujuan bermusafir perlulah dengan tujuan yang baik dan bukan untuk membuat maksiat.

Jamak Takdim dan qasar (dipendekkan)
1.Melakukan solat asar dalam waktu Zuhur itu dinamakan jamak takdim.
Lakukan solat Zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat asar 2 rakaat.
-Niat utk solat Zuhur ialah "Sahaja aku solat fardhu Zuhur 2 rakaat qasar dgn jamak takdim kerana Allah".
-Niat utk solat Asar pula ialah "Sahaja aku solat fardhu asar 2 rakaat qasar dgn jamak takdim kerana Allah".

Jamak Takhir dan qasar (dipendekkan)
2.Melakukan solat Zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir tetapi dgn syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu Zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan solat Zuhur dalam waktu asar"
Lakukan solat Zuhur 2 rakaat selepas itu diikuti pula solat asar 2 rakaat berdasarkan firman “Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk dan diwaktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, Maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (Surah an nisa’:103)
-Niat utk solat Zuhur ialah "sahaja aku solat fardhu Zuhur 2 rakaat qasar dgn jamak takhir kerana Allah". -Niat utk solat Asar ialah "Sahaja aku solat fardhu asar 2 rakaat qasar dgn jamak takhir kerana Allah".


Kita boleh juga jamakkan Maghrib dgn isyak atau sebaliknya tetapi waktu Maghrib tidak boleh qasar ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan qasar
1.Melakukan solat isyak dlm waktu Maghrib itu dinamakan jamak takdim.
-Niat utk solat Maghrib ialah "Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat jamak takdim kerana Allah".
-Niat utk solat isyak ialah "Sahaja aku solat fardhu isyak 2 rakaat qasar dgn jamak takdim kerana Allah".

Jamak takhir dan qasar
2.Melakukan solat Maghrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Maghrib berakhir "Aku nak jamakkan solat Maghrib dalam waktu isyak"
-Niat utk solat Maghrib ialah "sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat dgn jamak takhir kerana Allah ". ---Niat utk solat Isyak ialah "Sahaja aku solat fardhu isyak 2 rakaat qasar dgn jamak takhir kerana Allah ".

Disunatkan mengambil wudhu’ dan membaca doa menaiki kenderaan sebelum bertolak atau memulakan perjalanan.
Solat Subuh mestilah dilakukan seperti biasa iaitu tetap 2 rakaat.

Tuesday, October 6, 2009

Beri dan Jawab Salam pada orang yang belum Islam


Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda:
لا تبدأوا اليهود ولا النصارى بالسلام فإذا لقيتم أحدهم في طريق فاضطروه إلى أضيقه
Maksudnya: “Janganlah kamu mulakan orang-orang Yahudi dan juga orang Nasrani dengan salam. Justeru itu, sekiranya kamu menemui seseorang mereka di jalan tolaklah mereka ke jalan yang paling sempit.

Ulama berbeza pendapat dalam menyelusuri fiqh (kefahaman) hadis ini. Kebanyakan mereka memutuskan bahawa haram memulakan ucapan salam kepada mereka. Sebahagian pula berkata ianya tidak haram tetapi makruh.
Seorang fuqaha iaitu Abu Sa`ad berpendapat, sekiranya seorang muslim ingin memberi ucapan hormat kepada bukan Islam dia boleh melakukannya dengan lafaz yang lain daripada lafaz salam. Contohnya dengan menyebut: (هداك الله ) maksudnya moga Allah memberi hidayah kepada kamu atau (أنعم الله صباحك) maksudnya moga Allah memberi anugerah di waktu pagimu ini. Imam Nawawi menyetujui pendapat ini tetapi dengan tambahan: sekiranya ianya diperlu. Antara contoh ucapannya bagi Imam Nawawi ialah ucapan selamat pagi, pagi yang bahagia, pagi yang baik, moga Allah kurniakan kamu dengan kebahagian di waktu pagi, atau nikmat di waktu pagi dan seumpamanya. Sekiranya tidak perlu maka pilihannya ialah jangan mengucapkan apa-apa. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)

Pandangan ini bagi saya sesuai diamalkan oleh umat Islam di Malaysia pada hari ini. Mereka boleh menyatakan selamat pagi kepada bukan Islam tanda penghormatan, atau berdoa moga Allah bagi hidayah atau seumpamanya. Ucapan-ucapan ini boleh mendekatkan mereka dengan bukan Islam sebagai satu pendekatan dakwah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا وعليكم
Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum”.
Imam Bukhari pula meriwayatkan daripada Ibn `Umar –radiyallahu `anhuma- katanya; Rasulullah saw bersabda:
إذا سلم عليكم اليهود فإنما يقول أحدهم السام عليك فقل وعليك
Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh Yahudi, mereka hanya menyatakan Assaamu `alaikum (mampuslah kamu), maka jawablah: wa `alaik (dan ke atas kamu juga).
Daripada kedua-dua hadis diatas para fuqaha mengambil hukum apabila seorang muslim diberi salam oleh bukan Islam, jawapan yang diberi ialah wa `alaik atau wa `alaikum (dan ke atas kamu juga).

Imam Mawardi menghikayatkan satu wajah di kalangan ashab Syafie iaitu harus memulakan salam kepada bukan Islam dengan menyebut Assalamu `Alaik sahaja bukannya Assalamu `Alaikum. Begitu juga boleh menjawab salam mereka dengan Wa `Alaikum Salam, tapi tidak menyebut warahmatullah. Imam Nawawi menegaskan bahawa kedua-dua pendapat ini adalah janggal dan ditolak. (Nawawi, al-Azkar, Dar al-Khayr, hlm. 311)
Kesimpulan perbahasan di atas ialah ucapan salam adalah ucapan khusus untuk umat islam. Justeru, untuk bukan Islam tidak perlu digunakan lafaz salam tetapi boleh digunakan lafaz-lafaz penghormatan yang lain.

Marhaban d'GuStaf










…………. Ya Allah tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan limpahan dan kemurahanMu, berkatilah kami sekalian, serta kaum muslimin dan muslimat sempena bulan Syawal yang mulia ini.

Ya Allah wahai Tuhan kami, hanya padamu sajalah kami hadapkan permohonan, dan perkenankanlah apa kiranya permohonan kami ini, dan kurniakanlah lagi peluang bagi kami, menemani bulan Syawal ini, dari tahun ke tahun, hingga ke beberapa masa atas kehendak serta keizinanMu.

Kami juga bermohon kepadaMu ya Allah agar engkau memberkati tuan rumah ini_____________________ dan seisi keluarga mereka serta melanjutkan usia mereka dalam keimanan dan ketaqwaan Mu, serta aman sentosa, juga mendapat rezeki yang halal dan dijauhkan rezeki yang haram serta jauhkan dari segala bentuk bala bencana.

Kami juga memohon kepadaMu ya Allah, ampunkan dosa2 kami termasuk keluarga rumah ini, agar kami sentiasa berada dalam pemeliharaanMu dari melakukan sebarang dosa, tetapkan dan teguhkan keimanan kami Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…………

Program2 akhir tahun

Aktiviti d Syawal ini:
1- Sukan Rakyat SK Felcra Bukit Kepong 6-7 Oktober 2009
2-Sambutan Hari Raya 1430H 9 Oktober
3-Perkhemahan Pembimbing Rakan Sebaya peringkat negeri Johor 13-15 Oktober 2009
4-Rombongan Benih Bestari ke K'tan & Ganu kito 15-17 Oktober
5-Peperiksaan Akhir Tahun 27-30 Oktober 2009
6-Marhaban d'GusTaf

..akhir tahun banyak program, program dibuat bersama2, kalau tuan bijak bestari, ...Apaaa yg penting???? (Versi wonderpet)